24 Peringatan Buat Wanita Islam
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti
ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan
kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka
tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada
suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian
ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka
dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak
keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan
dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka
apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki
haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan
berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah
s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang
seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh
isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang
itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan
berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada
hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan
tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka
dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat
kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan
suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya
melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak
berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat
tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu
dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk
menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat
malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia
dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada
suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya
pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian
diikat ke belakang lehernya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat
seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku
saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai,
"Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.
"Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau
berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati
dan cukup."
17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari
kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada
mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau
membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah
mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap
seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam
neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan
kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah
s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam
menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,
mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah
yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu
mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah.
(Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah
10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
(Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan
mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam
agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah
s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam
selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang
sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita
yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang
menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah
berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku,
kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan
berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami
mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi
langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat
menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu
akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan
jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami
mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia
mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah
sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang
hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu
iaitu:"
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka
jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka
jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka
jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah
perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka
kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya
sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami
ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu
Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika
suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke
rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau
perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan
ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk
suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika
tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar
dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu
bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya
(mari berbagi ilmu_^)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar